♥Lagu BloG♥

♥♥♥...::iKLAN @ rYNn Blog::...♥♥♥

Tuesday, May 29, 2012

ADAT BERANDOI DALAM KAUM MELAYU

Assalamualaikum..
Bahagianya rasakan pepetang yang mulia ni sambil2 termenung nak masak update blog plak.. hihi..
saya sebenarnya dah lama tak aktif berbelog ni.. lepas pindah dari satu agensi saya terus stop berbloging ditambah dengan kesibukan tugas sebagai mak-mak orang dan jugak isteri dan juga usahawanita yang sibuk.. cewahhh..
apa2 pon kene bersyukur dengan kehidupan yang dianugerahkan sekarangkan.. walaupun sebenarnya kita kene keje lebih keras lagi untuk apa impian yang nak kita capai..
Sibuk dengan Butik LittleNik's lagi.. sibuk dengan urusan buaian berandoi lagi.. hmm.. badan ni kalau boleh di belah2 lah kan mmg dah lama kene belah dah. Belah dua ke belah tiga ke.. belah mana yang patut.. :)


So.. 1st entry ni saya nak cerita pasal buaian berandoi.. penah dengar ke pasal buaian berandoi? saya dan adik serta sepupu sepapat mmg sgt biasa dengan buaian berandoi ni. Allahyarhamah mak saya lahirnya di Segamat johor tapi dibesarkan di Kampung Bukit Kerdas, Negeri Sembilan.. kat kampung saya selalu je tengok majlis berandoi ni di jalankan.. hihi..


Jom nak share pasal majlis berandoi ni.. pada sesapa yang nak tempah buaian berandoi tu boleh la emel pada saya : cahayababy@gmail.com. Pakej yang kami tawarkan adalah antara yang terendah ABAD ini... :))

Tahukah anda, berendoi adalah satu kesenian berunsur Islam. Untuk melaksanakan upacara ini, tiga atau empat orang akan berdikir atau menyanyi dengan irama berendoi dalam upacara bercukur seorang bayi yang berusia tujuh hari. Biasanya buaian akan dihiasi indah. Bayi yang dicukur rambutnya akan diletakkan didalam buaian, dan mulalah nyanyian berendoi yang sarat dengan bait lirik yang memuji Rasullullah.
Ketika adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan ketika upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut. Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di Perlis, Kedah, Selangor dan Perak. Di Perak, nyanyian berendoi menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan senikatanya berlainan dengan senikata yang dibawa kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah.
Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa senikata yang memuji junjungan Nabi Muhammad saw, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak, selain juga nasihat kepada kanak-kanak.
Ada juga senikata yang dicipta kumpulan ini disesuaikan mengikut keadaan semasa. Antara lagu yang sering didendangkan pada majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak Dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahayamata, Kebesaran Allah dan Aduhai Anak Jangan Durhaka.
Antara liriknya, "Ayuhai anak didalam buaian, Pejamkan mata jangan tangiskan, Lagu Berendoi kami dendangkan, Di dalam majlis tanda kesyukuran ... Lamalah sudah kami menanti, Namun engkau tak kunjung tiba, Dengan takdir Ilahi rabbi, Kini engkau sudah menjelma."
Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 24 Ogos 2008, oleh Suzan Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Komen lah Sikit...sebagai tanda anda mengikuti blog saya..barulah semangat nak menulis...best!!!

Segalanya Bagiku

♥♥♥...:::Carta Keluarga Saya:::....♥♥♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

background